Wednesday, January 4, 2012

Disebabkan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini di kawasan pantai barat sabah iaitu di kawasan Kota Kinabalu terutamanya,adalah lebih baik kereta anda di sapu dengan Rain X atau produk seumpama yang boleh didapati dikedai kedai pasaraya.Ini bertujuan agar pemandangan yang jelas bila berlaku hujan ketika membuat pemanduan.Kalau agak2 wiper tu dah keras boleh juga buat sapuan pada wiper dengan menggunakan getah pelembut ,murah jerr...harga tak silap aku Rm 5.00 dan boleh didapati kat servay atau pasaray giant..dan paling penting selepas hujan berkunjunglah ke NF Carwash untuk membuat cucian.Jangan biarkan kereta anda kotor sepanjang masa.Lebih lebih lagi apabila dibiarkan kotor untuk jangka masa yang panjang takut akan menjejaskan kekilatan pada cat kereta anda.Kalau hendakkan cat tu sentiasa tampak kilat gunakanlah Silikon Wax Syampu,anda pasti Berpuas hati.

Tuesday, January 3, 2012

Kami juga mengalu-alukan cucian daripada kedai menjual kereta terpakai (Used car dealer)untuk semua jenis cucian,contohnya seperti salah satu pelanggan tetap kami yang selalu menghantar kereta yang telah ada pembeli membuat cucian Interior cleaning(cuci seat,dashboard,roof top,carpet dll) sebelum diberikan kepada pelanggan.Bagi ejen kereta sewa dan van pelancong kami juga  menawarkan pakej cucian bulanan,Segala urusan boleh datang ke NF Carwash & Auto Detailing Petagas.
Gambar ni aku ambil masa mula-mula pindah dulu...sekarang ni dah ada perubahan sikitlah!!!
Kalau lalu highway petagas-putatan memang gerenti boleh jumpalah...kami terletak di tepi jalan sahaja..
esok aku tangkap gambar laluan masuk untuk menuju ke kedai kami..




Agak Lama kami tidak update blog ini,Maaf lah saya terlau sibuk dengan kerja kerja lain..Apapun kami Ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.
Untuk Pengetahuan semua,Kami telah pun berpindah ke Petagas sejak bulan Mei Tahun yang lepas.
Kini tempat kami lebih luas dan berada di lokasi strategik kawasan petagas,terdapat pelbagai kedai lain yang terdapat disini seperti Bengkel kereta,kedai cushion,kantin,Engineering,bengkel motor berkuasa tinggi dan banyak lagi.Semua pun megenakan dengan harga yang berpatutan.So kena rundinglah dengan tokei2 kedai ni..
Seperti biasa Servis lain yang kami tawarkan di Nf Carwash seperti mencuci cushion kereta,satu seat hadapan dengan harga Rm15.00 belakang yang panjang tu Rm20.00 setiap satu...Emm,Murahkan!!Manakala servis lain pula Mencuci Karpet Rumah pun dengan harga yang berpatutan..tak percaya datanglah bawak karpet untuk dicuci...hehe...Kami juga mencuci karpet kereta,tetapi kebiasaan nya cucian karpet kereta kami cadangkan bagi pelanggan yang hendak mencuci seat tempat duduk,so buat lah sekali semua,tapi kena ambil masa sikitlah sebab kena bukak semua seat beb!!harga pun takdelah mahal...Macam Kancil tu biasanya cuci kesemua seat termasuk karpet Rm80.00 sahaja...
Bukan apa pendekatan yang kami ambil biarlah murah dan bersih tapi pelanggan ramai...haha...sekarang ni pun kalau karpet rumah tu,masih ada lagi yang pelanggan hantar menunggu giliran untuk dicuci sebab,tempat jemur karpet dah penuh...oh ya...berkenaan dengan harga cucian karpet pula Harga tiadalah mahal sangat beb...Ni contoh saya bagi ye...Yang paling besar tu biasanya kami kenakan tak lebih ke Rm 30 Atau pun Rm 40...pun anda masih boleh RUNDING lagi....runding sampai dapat..tapi kalau nak murah sangat tu,tak dapat lah beb...sebab kami beli Chemical/Ubat cuci karpet tu pun dah Mahal...
Apapun Kalau ada laluan nak pegi ke putatan tu,singah lah dulu Di NF Carwash Petagas..k
Rogerrrr..........