Thursday, October 8, 2020

Selepas 7 tahun di Petagas,pada march 2018 berpindah lagi ke Pasar Sayur Borong Cyber City Kepayan

Lepas bbrapa hari kemas barang di petagas..kami pusing2 sekitar kepayan cari tempat baru untuk ruang cuci kereta..Kali ni masuk kali ke 4 kami berpindah lagi selepas tempat lama di petagas oner tanah jualkan tempat dia kpd proton..Gambar ni tempat baru,aku jumpa dalam kawasan pagar tempat orang jual borong sayur...masih area zon kepayan..lepas call dan buat deal,kami masuk kesini bulan march 2018 dan start buat renovation..




aku nampak dia letak iklan tampal kat dinding..menarik juga sebab kawasan luas..lagi2 dalam kawasan berpagar..ada security..cuma slps jam 7 malam dorang akan tutup pagar besar tak bagi orang luar masuk..

kalau nak tahu...tempat ni di kelilingi dengan penjual sayur borong di kota kinabalu..nampak tak..!! kedai yg kami nak sewa ni masih masih ada kontena berwarna putih..kami kena tunggu penyewa lama alihkan dulu...lepas tu barula buat plan untuk buat apa pulakk lepas ni..








yang ni lepas penyewa lama dah alihkan kontena dalam kedai ..sebenarnya benda tu peti sejuk besar untuk letak udang import dari luar..alhamdulillah boleh la lepasni kami mula start buat pelan bilik2 dan ruang pejabat kecil..


ni tempat aku sewa di area cyber square untuk letak barang2 lama dari petagas..hangus juga duit dekat 9k sebabnya aku tak jadi sewa tempat ni dan tuan kedai tak mahu pulangkan duit selepas sign aggreement..cubaan berniaga..kedai ni 2 tingkat,blok bangunan paling belakang sekali berdekatan dengan tempat buang sampah(biasa orang panggil rumah sampah)aku fikir boleh buat tempat cuci sebelah tu nanti..last2 tak jadi selepas fikir balik tempat ni tak strategik..sunyi..


OK gambar bawah ni..aku nak tunjuk skitt..kami dah start buat renovation..bahan2 guna dari tempat lama..kurang2 dapat jugak jimatkan kos dari beli baru..






tempat ni kami pilih untuk jadikan ruangan cuci kereta..nak bagi nampak dia kemas ..kami beli simen dan pasir ...










Lokasi ni kami cuma dapat bertahan selama setahun selepas tuan tanah jualkan lagi kepada orang lain.Inilah dugaan buat kami lagi...Sebenarnya pindah2 tempat ni banyak bazirkan duit dan masa..Peniaga yang ada di kawasanni semua kena akur untuk pindah...khabarnya mereka pindah ke tempat baru di jalan dongongongon bypass...Nampaknya kami kena berpindah lagi lah jawapnya...
.
.
kadang tu terfikir juga sudah2 lah dengan dunia cuci kereta ni..sampai masa untuk buat benda lain atau pilih cara lain pulak...