Ok la...kali ni aku mahu story sikit pasal lokasi baru kami di Cyber Square..ini adalah tempat ke 5 kami berpindah..harap harap tempat ni kami dapat bertahan lama kalau ada rezeki mudah2an, suatu hari nanti kami mampu untuk memiliki kedai sendiri..
Bagi aku senang..ini adalah proses jatuh bangun dalam berniaga..mau tidak tahun ni masuk tahun ke 14 berniaga cuci kereta..ianya byk mengajar dan merupakan guru disebalik susah dan senang..macam2 aku buat..jual dan supply ikan masin di tamu dongongon juga pernah, jadi kontraktor , pembekal,kereta sewa dan macam macam..
meh aku share gambar sikit..karang nanti cakap aku sembang kari pulak..haha
ini projek crusher run (tabur batu)yang aku buat...
gambar projek semasa di uitm..aku dgn partner dapat kontrak selengara water dispenser selama dua tahun di uitm cawangan kota kinabalu..masa ni aku dapat 3 kontrak dengan pihak uitm supply,servis dan katering (kemasukan diploma dan ijazah) selama setahun
ini adalah gambar semasa audit untuk kontraktor yang jadi vendor kepada pihak telekom.
hahaha...korang jangan ingat aku jumpa semua ni free free...semua ni aku dapat sepanjang aku niaga cuci kereta,...alhamdulillah semua ni masih berlaku hingga ke hari ini,kalau ada job lebih boleh pass dengan aku..aku ada lesen pms dan spkk,nak sewa pun boleh,inshallah trusted.
cuma kerja kerja luar buat masa ni sangat kurang ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yg berdepan dengan pandemik covid19 begitu juga pergolakan politik negara yang tidak berapa sihat..korang pun tahu kan...
okla aku share ni sebab bukan nak tunjuk eksen...cuma nak korang tahu inilah proses dan moment yg aku dapat dan semua nya hanya bermula dari perniagaan cuci kereta yang aku mulakan dulu secara kecil-kecilan...sebab tu aku tidak pernah untuk menyesal dan kecewa atas ujian setiap kali berpindah tempat...setiap yg susah pasti ada sinar dihadapan...yang penting niat dan tujuan kita semuanya untuk berkongsi dan bantu orang lain..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bab kereta sewa....yang ni paling aku suka sebab benda yang related dengan cuci kereta...sebenarnya aku sangat suka dengan kereta ,transport dan hal hal yang berkaitan dengan empat roda...
alhamdulillah..kini kereta sewa syarikat juga ada pelbagai jenis..perlukan kereta kecil budget sehingga kereta vip pun kami ada, untuk tempahan kereta sewa boleh hubungi Adam di talian 016-819 1795
meh sikit aku share antara job2 yang kami buat samaada dengan artis tempatan, vvip maupun job yang melibatkan event2 besar di kota kinabalu.
ini gambar team staff bersama dengan wawa zainal dan suaminya aieril zafril semasa berada di kota kinabalu..
=================================================
Apapun bagi aku...yg best dan seronok apabila mempunyai pelbagai kemahiran dari pengalaman sebelum ni..kita belajar buat macam2 benda..buat dengan kawan kawan,bina networking,biar sama sama naik dan enjoy the moment..so bila ada kerja kerja renovation aku tak lah susah susah sebab semua boleh buat sendiri...alhamdulillah
selepas ni...aku sharekan lokasi kami di cyber square semasa mula mula masuk dulu sehingga dapat tawaran dan peluang untuk program 5S secara percuma oleh kerajaan di bawah Jabatan Produktiviti Negara ( MPC )..kami akan terus belajar dan meperbaiki setiap kelemahan dari masa kesemasa..
lepas ni...aku akan share bab berkaitan servis kami di kedai cuci kereta.
Jangan lupa..sentiasa jaga sop kita mesti menang melawan covid-19...